Collegebuzz
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


This forum brings you the latest updates and tremendous happenings around your college.So dudes, take this wonderful opportunity to update on latest events happening at your college or town!
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin



Posts : 78
Join date : 2009-03-21
Age : 37
Location : Malaysia

BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN Empty
PostSubject: BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN   BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN Icon_minitimeSun 12 Apr - 10:46


Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses temuduga yang rapi.







SYARAT-SYARAT PERMOHONAN



(a) Syarat Asas



(i) Warganegara Malaysia.



(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.



(iii) Baru tamat Semester Satu *, Tahun Pertama Ijazah Pertama di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam negara.



(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum



(i) Memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM / STPM / Matrikulasi/ Asas.



(ii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.



(iii) Memperolehi PNGK / CGPA minimum 3.50 dalam peperiksaan Semester Satu Tahun Satu (1),program Ijazah Sarjana Muda.



(iv) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang/ aktif dalam ko-kurikulum.







(c) Syarat Tambahan











(i) Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.



* Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan penuh Semester Kedua, Tahun Pertama, iaitu apabila sah mendapat PNGK / CGPA melebihi 3.5 untuk Tahun Pertama.





KADAR BIASISWA







Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:



(i) Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh IPT.



(ii) Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.



(iii) Elaun Buku bernilai RM500 / semester.



(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amal / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali



setahun).







(v) Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di



Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).





PERMOHONAN



Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Semua Permohonan mesti dibuat melalui Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda. Jika tidak ia akan ditolak.



Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2009



Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.



Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.



YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN

ARAS 1, BLOK E14, PARCEL E, PRESINT 1

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62505 PUTRAJAYA.

TEL: 03-8888 6107/ 8888 6108

FAKS: 03-8888 6095

http://yayasantar.org.my/BTAR.html
Back to top Go down
https://collegebuzz.forumotion.com
 
BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tawaran Biasiswa: Master in Public Management 2010

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Collegebuzz :: Procedures :: Loans/Scholarships-
Jump to: