This forum brings you the latest updates and tremendous happenings around your college.So dudes, take this wonderful opportunity to update on latest events happening at your college or town!
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 78
Join date : 2009-03-21
Age : 30
Location : Malaysia

PostSubject: PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA   Sun 12 Apr - 10:39

Please note as some of the deadlines are due soon



PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA


Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

OBJEKTIF PROGRAM:



Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan.



PENAJAAN PENGAJIAN*



Penajaan ini hanya terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik 2009/2010.

Calon-calon yang ditaja hanya akan dibiayai dari segi yuran sepanjang tempoh pengajiannya.

Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.

Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat Ph.D ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00.

Bagi calon Ph.D, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah / fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon Ph.D iaitu tidak melebihi RM20,000.00.



SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-Syarat Umum



Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.

Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian.

Pengajian adalah secara sepenuh masa.

Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.

Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).

Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.

Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian.



Syarat-Syarat Khusus



Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.

Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.



CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK

Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.

Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.

TEMPOH TAJAAN

Ph.D - maksimum lapan (Cool semester

Sarjana – maksimum empat (4) semester

Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.



KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web KPT mulai 19 Mac 2009. Bagi permohonan lebih awal, calon-calon boleh memuat turun borang permohonan mulai 12 Mac 2009.



Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:



Bahagian Biasiswa,

Kementerian Pengajian Tinggi,

Aras 4, Blok 1, Menara PjH

Presint 2, 62100 Putrajaya.

(u.p: Tajaan Khas Bajet Mini 2009)



Tel. : 03-8884 4607 / 4612 / 4669 / 4634 / 4618

Faks : 03-8884 4701

E-mel: bajetmini@mohe.gov.my



NOTA : Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu, PTPTN ada menyediakan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.



-------------------News Related to this -----------------------------------



PUTRAJAYA, March 17 — The Higher Education Ministry has received 16 applications to pursue doctorate degree under a special scheme announced in the second stimulus package last week.



Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said no applications had been received so far for the masters degree programme.



There was no closing date for the programme but candidates would have to fulfil the stipulated criteria before their applications could be considered, he added.



“The programme will go on until the number is filled. I believe the number is sufficient,” he told reporters after tabling the progress report of the Second National Higher Education Strategic Plan here today.



Under the stimulus package tabled by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, the government would provide a fund of RM20,000 each to students pursuing doctorate degree and RM10,000 for the masters degree.



Some 500 places would be provided for the doctorate degree and 10,000 for the masters degree. Khaled urged students to take advantage of the programme.

He also hoped that more students would apply for scholarships to become academic staff in universities.



There would also be new programmes to be implemented within the next six months to strengthen teaching and learning in universities and polytechnics under the strategic plan, he said.



He said the ministry would also submit the tentative structure of the soon-to-be set up Malaysian Research Institute, which is aimed at assisting all centres of excellence to carry out research and development. — Bernama
Back to top Go down
View user profile http://collegebuzz.forumotion.com
 
PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» VALAVANIS AUTUMN TOKONOMA DISPLAY
» The Bazar
» die grinder, tools question
» Vietnam International bonsai show
» Ixora chinensis -"santan"

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Collegebuzz :: Procedures :: Loans/Scholarships-
Jump to: